KUALA LUMPUR: Sejumlah 10,106 kes jenayah komersial direkodkan melibatkan kerugian melebihi RM866 juta bermula Januari hingga 28 April tahun ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata jumlah ini bersamaan purata 85 kes sehari.
"Berbanding tempoh sama tahun lepas yang mencatatkan 10,931 kes dan nilai kerugian lebih RM534 juta, peratusan kes bagi tahun 2024 telah mencatatkan penurunan 8.2 peratus. Namun, nilai kerugian mencatatkan peningkatan sebanyak 62.1 peratus," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Beliau berkata daripada aspek pertuduhan, sejumlah 4,880 kertas siasatan telah dituduh di mahkamah sepanjang tempoh sama berbanding 4,598 pertuduhan untuk tempoh sama pada tahun sebelumnya.
Dalam perkembangan berasingan, Ramli berkata masih ramai dalam kalangan masyarakat tidak mengetahui mengenai portal Semakmule yang dibangunkan JSJK bagi membolehkan orang ramai membuat semakan nombor akaun bank individu dan syarikat yang telah dilaporkan terlibat dengan kegiatan penipuan.
"Sehingga kini, portal ini telah menyenaraikan sejumlah 198,125 akaun bank milik individu dan 315 akaun bank milik syarikat. Daripada jumlah itu, 97,986 tangkapan telah dilakukan dan sebahagiannya telah dituduh di mahkamah," katanya.
Beliau berharap kemudahan portal ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat dan seterusnya menjadi antara mekanisme yang efektif dalam pencegahan jenayah komersial.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 03 2024
Ramli Mohamed Yoosuf menunjukkan jongkong emas dan pelbagai barang rampasan lain ketika Sidang Media Khas Pengarah JSJK di Menara KPJ, di sini hari ini. - Foto Bernama
Konsulat Malaysia di LA sudah hubungi keluarga pendaki maut - Wisma Putra
Wisma Putra berkata pihaknya sedang memantau keadaan kesihatan mereka dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles (LA).
[TERKINI] Pendaki Malaysia maut ketika daki gunung tertinggi Amerika Utara
Seorang daripada tiga pendaki Malaysia maut ketika mendaki Gunung Denali, Alaska yang merupakan puncak tertinggi di Amerika Utara.
Hamas perlu terima cadangan Biden demi keamanan - Menteri Luar UK
Selain Biden, Menteri Luar UK, David Cameron membawa nada yang sama bahawa Hamas mesti menerima cadangan perang Gaza yang diumumkan Presiden Amerika bagi pihak Israel.
Hamas bersedia berurusan secara positif dengan Israel
Hamas dalam satu kenyataan mengesahkan kesediaannya untuk berurusan secara positif terhadap kandungan cadangan gencatan senjata kekal tiga fasa yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
KBS lulus RM846,000 bagi enam kejohanan Muay Thai
MIMAC yang sedang berlangsung bermula semalam hingga esok, turut menerima GPS sebanyak RM200,000 daripada KBS.
AWANI Pagi: Memahami akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan (pindaan) 2022
Diskusi 8.30 pagi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy, untuk memahami pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 pada 2022 yang akan berkuatkuasa hari ini, bagi menjamin keselamatan pekerja.
Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50
BN dibentuk oleh Abdul Razak pada 1 Jun 1974 yang merupakan Perdana Menteri serta Presiden UMNO ketika itu.
Neville nasihat Manchester United kekalkan Ten Hag
Khabar angin bertiup sejak beberapa bulan lalu bahawa Ratcliffe dan INEOS bakal memutuskan untuk memecat Ten Hag selepas EPL berakhir.
Pendaki Malaysia maut di gunung tertinggi Amerika Utara
Zulkifli Yusuf disahkan meninggal pada jam 6 pagi Rabu semasa berlindung di gua salji di kawasan yang dikenali sebagai 'football field'.
Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari - KP Selangor
Perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.
10,106 kes jenayah komersial dicatat sejak Januari-April, libat kerugian RM866 juta
Sejumlah 10,106 kes jenayah komersial direkodkan melibatkan kerugian melebihi RM866 juta bermula Januari hingga 28 April tahun ini.
Kes jenayah komersial meningkat, babit kerugian RM14.33 bilion dalam tempoh lima tahun
Kes jenayah komersial merekodkan peningkatan sebanyak 53.2 peratus dengan nilai kerugian dianggar mencecah RM14.33 bilion dalam tempoh lima tahun.
Kes jenayah komersial di Pulau Pinang meningkat 82.7 peratus, jumlah kerugian RM53 juta
Khaw Kok Chin berkata sebanyak 759 kes direkodkan bagi tempoh sama tahun lepas membabitkan jumlah kerugian RM28 juta.
Rugi RM6.2 bilion akibat penipuan
Sebanyak 25,000 kertas siasatan melibatkan kes jenayah komersial telah dibuka di seluruh negara membabitkan nilai kerugian berjumlah RM6.2 bilion bagi 2019.